Hari ini 25
Disember 2012, iaitu Hari Christmas. Sepatutnya aku berasa gembira bila tibanya
Hari Christmas. Tiap tahun aku menantikan Hari Christmas kerana Hari Christmas
ialah hari paling bahagia buatku. Seminggu sebelum Christmas, aku, kakakku,
Rebecca dan adikku, Carol sudah mula menyenaraikan barang makanan yang perlu
dibeli. Wwaaahhh!!! Seronoknya menyambut Hari Christmas di rumah. Aku rindukan
suasana bersama adik-beradik sebenarnya. Bila bersama kami akan bergelak
ketawa, bergurau senda, bermain bersama, makan bersama dan pergi bersiar-siar
bersama. Sempat juga kami berkongsi kisah hidup selama berjauhan. Tahun ini,
aku berjauhan dari keluarga. Rasa rinduku pada mereka sangat kuat sehinggakan
aku sebak di dalam hati walaupun ramai kawan menghiburkan hatiku. Aku cuba
buatkan diriku gembira tetapi hatiku dah melayang pergi rumah. Rindukan kucingku....
rindukan masakan ayam rendang dan sayur campur mak aku. Malam sebelum Christmas, aku pergi ke gereja di Changlun untuk bersembahyang dan berdoa serta
menyambut kelahiran Yesus. Sangat aman bila saya menjejakkan kaki dalam gereja
sambil berdoa dan melihat air muka anak-anak Tuhan yang ceria dan riang. Rasa gembira
juga bila menyanyikan lagu gereja. Sempat juga aku bergambar dengan rakan-rakan di
gereja. Tidak sangka ya kerana aku tidak menyangka akan segembira ini. Dulu,
saat paling gembira ialah saat menyambut Christmas di rumah.
Sekarang, aku dapat merasakan kegembiraan apabila berada di gereja. Sangat sukacita. Namun,
apabila aku keluar dari gereja, perasaanku mulai sedih. Aku mulai merindukan ibu
bapaku, adikku, abang dan kakakku serta kucingku. Agaknya, adakah mereka
gembira sekarang? Sejak aku balik dari gereja, aku menantikan ucapan Merry
Christmas dari adik-beradikku. Namun, tiada seorang pun menghubungiku malahan tiada satu pun mesej dari mereka. Bilaku melihat rakan sebilikku berbual dengan saudaranya melalui telefon, perasaanku kian melayani kesedihanku. Aku tidak menyangka air mataku berlinangan dan aku tidak dapat menahan air mataku jatuh membasahi pipiku. Kenapalah aku bersedih sedangkan berjauhan dari keluarga adalah lumrah hidup bila melanjutkan pelajaran di tempat jauh. Malam tadi aku meluahkan perasaan sedihku pada rakanku yang senasib denganku. Kami sama-sama berjauhan dari keluarga. Terubat juga perasaanku bila mendengar kata-kata rakanku dan aku sangat gembira bila dia mengucapkan Merry Christmas kepadaku. Walaupun belum sepenuhnya terubat, namun, sekurang-kurangnya dia orang pertama ucapkan Merry Christmas kepada aku selepas jam 12.00 p.m. Terima kasih kepada rakanku ini kerana sanggup melayani aku yang banyak karenah. Terima kasih banyak-banyak...
Pagi tadi agak lewat aku masuk tidur hanya kerana perasaan sedihku ini. Sekarang, perasaanku terubat akhirnya kerana selepas jam 12.00 p.m, banyak rakan-rakanku ucapkan Merry Christmas kepadaku biarpun hanya melalui mesej. Salah seorang rakanku menganggap aku sebagai adiknya kerana dia tiada adik perempuan dan dia turut memujuk aku agar aku gembira. Tapi sebaliknya aku menitiskan air mata kerana dia meluahkan kata-kata iklasnya dengan mengatakan bahawa dia menyayangiku seperti adiknya walaupun aku bukan adik sebenarnya. Aku sangat terharu. Bila difikirkan selama aku berada di UUM, aku merasakan hidupku bertuah sebenarnya menemui dan memiliki rakan-rakan yang baik dan mengambil berat terhadap aku. Tengahari tadi aku menerima mesej daripada adikku. Aku sangat gembira kerana dia masih ingat aku dan mengucapkan Merry Christmas kepadaku. Hahaha....aku mulai melayani perasaan sebakku tetapi perasaan sebak ini bukanlah perasaan sedih tetapi perasaan terharu dan gembira kerana dia mengingatiku. Luot,,,aku sangat sayang kamu. Kamulah satu-satunya adik yang palingku sayangi dan kasihi. Tiada siapapun mampu menggantikan tempatmu kerana kamu bersamaku bila aku berada dalam suka dan duka. Engkau selalu menjadi tempatku meluahkan perasaan dan sering memujukku bilaku sedih. Luot, aku sedaya upaya untuk memberi terbaik untukmu dan menggembirakan hatimu. Terima kasih adikku. Moga Tuhan sentiasa melindungimu dan memberkatimu.
Kepada rakan-rakanku Venn, Albert, Janiey, Helda, Luat, Baniey, Canniga, Aris dan Sylvia,,,, terima kasih kerana memberi ucapan Merry Christmas dan kata-kata semangat kepadaku pagi tadi. Tiada kata dapat ungkapkan perasan gembiraku ini. Aku hanya mampu mengatakan aku sangat bertuah mengenali kamu semua dan menghiburkan aku.
Kepada rakan-rakanku yang kukenali di UUM, aku ucapkan Merry Christmas & Happy New Year. Semoga hari-hari kalian bahagia selalu dan moga hari-hari kalian juga ceria di samping rakan-rakan walaupun kita sama-sama berjauhan dari keluarga. Aku sangat menghargai kehadiran kalian semua dalam hidupku. Aku sangat menyayangi kalian.















